Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan masih terdapat punca penyebaran virus yang belum dikenal pasti.
Penduduk tetap dan rakyat New Zealand yang berada di China masih boleh untuk pulang ke negara. Mereka perlu diasingkan selama 14 hari, manakala bagi sesiapa yang telah melawat China dalam tempoh 14 hari lalu tidak akan dapat masuk dan tinggal di dalam sempadan New Zealand. Sekatan akan diletakkan di sempadan.
Jelas Ardern, kebanyakan pelawat yang tiba di New Zealand adalah untuk melancong dan ia mungkin meningkat risiko penyebaran wabak berkenaan. Dasar tersebut akan dikaji setiap 48 jam.
Terdahulu, Amerika Syarikat dan Australia telah mengeluarkan arahan melarang warga asing yang baru-baru ini melawat China untuk memasuki negara itu.
Astro Awani
0 Comments