Dahla OKU, Stress.. Kena Pulak Penjara 6 Bulan Sebab Cubaan Bunuh Diri

Tekanan hidup memang tidak dinafikan boleh membuat seseorang hilang ketahanan diri sehingga merasakan diri tidak mahu lagi hidup dan memilih melakukan perkara yang diluar batasan normal manusia.

Apa yang kami pelik, apakah dengan memenjarakan dapat menghilangkan perasaan stress dalam diri pesakit tersebut. Atau mungkin dalam penjara nanti akan diberi kuliah pedoman hidup dan dapat diberikan tunjuk ajar supaya apabila keluar penjara dapat mencari sedikit wang untuk menampung hidup.

Nasib baik bukan stress sebab BSH tak banyak macam BRIM.

Sinar Harian :

Seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang cuba membunuh diri dengan menjerut leher menggunakan tali nilon dijatuhi hukuman penjara enam bulan. Hukuman itu diputuskan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas tertuduh, Mohamad Sani Isa, 38, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.
Tertuduh didakwa cuba menggantungkan diri dengan tali nilon pada siling di sebuah rumah di Kuala Nerus pada jam 10.10 malam, 23 Disember lalu. Tindakan nekad itu dipercayai dilakukan tertuduh akibat tekanan hidup.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah pada 1 Januari lalu mengarahkan tertuduh menjalani rawatan psikiatri di Hospital Permai, Tampoi di Johor. Hukuman penjara terhadapnya berkuatkuasa bermula tarikh tangkapan iaitu pada 23 Disember lalu.


Post a Comment

0 Comments