Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, walaupun pihak polis sudah menahan dua orang yang didakwa terlibat, namun katanya tindakan itu masih belum mencukupi.
Apa yang berlaku di dalam negara jika polis gagal menjaga Menteri Persekutuan dan tidak bertindak dengan segera?
Jika ini boleh berlaku kepada Menteri Kabinet, jadi bagaimana pula dengan rakyat Malaysia biasa?
Selain itu, Charles mahu pihak polis menyiasat dengan terperinci dan memastikan siapakah dalang yang merancang kejadian ini.
“Saya tahu banyak soalan yang timbul, tetapi saya percaya ia adalah kebimbangan ramai rakyat Malaysia yang juga takut dengan budaya ugutan untuk mencapai matlamat sesetengah individu,” katanya.
Kelmarin, Syed Saddiq mendakwa beliau bersama beberapa pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor diserang sekumpulan individu ketika menghadiri perjumpaan di Savanah Hill Resort, Ulu Tiram.
Beliau yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu dalam satu kenyataan di akaun Instagram miliknya memberitahu, pertemuannya bersama ahli Armada dan Srikandi Bersatu Johor itu turut dicemari dengan laungan kata-kata kesat dan perbuatan tidak beradab.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, dua individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.
Sinar Harian
0 Comments