Dr Ramzdhan - Petua Cairkan Kahak Anak Manja Anda


Seperti yang anda ketahui, kahak adalah sejenis lendir yang dihasilkan dari dalam dada anda. Anda biasanya tidak menghasilkan kahak yang banyak melainkan anda selesema atau mengalami masalah kesihatan lain. Apabila anda mengeluarkan kahak, ia dipanggil ‘sputum’. Terdapat ubat dan petua untuk mencairkan kahak (how to loosen phlegm).

Anda mungkin pernah melihat sputum dengan warna yang berbeza-beza dan tertanya-tanya apa maksud di sebalik warna kahak yang berbeza.


A) Kahak berwarna hijau atau kuning

Kahak berwarna hijau atau kuning bermaksud tubuh anda sedang melawan jangkitan. Warna ini berasal dari sel darah putih. Kahak berwarna hijau atau kuning biasanya disebabkan oleh:

  • Bronkitis: Penyakit ini biasanya bermula dengan batuk kering dan kemudiannya keluar kahak berwarna putih. Dari masa ke semasa, anda boleh mengeluarkan kahak berwarna kuning atau hijau.
  • Pneumonia: Pneumonia biasanya komplikasi bagi masalah pernafasan yang lain. Anda mungkin akan mengeluarkan kahak yang berwarna kuning, hijau, atau kadangkala berdarah.
  • Sinusitis: Virus, alahan, atau bakteria boleh menyebabkan masalah ini. Jika ianya disebabkan oleh bakteria, anda akan mengalami gejala seperti batuk berkahak berwarna kuning atau hijau, hidung tersumbat, titisan ‘postnasal’, dan tekanan dalam rongga sinus anda.
  • "cystic fibrosis": Ini adalah sejenis penyakit paru-paru kronik di mana lendir terbentuk di dalam paru-paru. Penyakit ini sering menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa. Ia boleh mengeluarkan kahak pelbagai warna.


B) Kahak berwarna coklat

Warna coklat selalunya bererti darah lama. Anda mungkin melihat warna ini selepas kahak anda pada mulanya berwarna merah atau merah jambu. Kahak berwarna coklat biasanya disebabkan oleh:

  • "Bacterial pneumonia"
  • "Bacterial bronchitis"
  • Cystic fibrosis
  • Pneumoconiosis: Menyedut debu seperti arang batu, asbestos, dan silicosis. Debu-debu tersebut boleh menyebabkan penyakit paru-paru ini.
  • Nanah di dalam paru-paru: Rongga paru-paru penuh dengan nanah. Ia biasanya dikelilingi oleh tisu yang dijangkiti kuman. Gejala lain adalah batuk, berpeluh pada waktu malam, dan hilang selera makan.


C) Kahak berwarna putih

Kahak berwarna putih biasanya disebabkan oleh:

  • "Viral bronchitis"
  • GERD ( ‘gastroesophageal reflux disease’): Penyakit kronik ini mempengaruhi sistem pencernaan anda.
  • COPD: Penyakit ini menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan paru-paru anda akan menghasilkan lendir atau kahak yang berlebihan.
  • Kegagalan jantung kongestif: Ini berlaku apabila jantung tidak mengepam darah ke seluruh badan dengan efektif. Cecair akan terkumpul dan menyebabkan ‘edema’. Cecair yang terkumpul di dalam paru-paru boleh membawa kepada peningkatan dalammenjadi punca kepada penghasilan kahak putih.


D) Kahak berwarna hitam

Sputum hitam juga dipanggil "melanoptisis". Kahak hitam bermaksud anda telah menyedut sejumlah besar debu berwarna hitam seperti habuk arang batu. Ia juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat.
Kahak hitam biasanya disebabkan oleh:

  • Merokok
  • Pneumoconiosis
  • Jangkitan kulat: Kulat hitam yang dipanggil Exophiala dermatitidis merupakan penyebab jangkitan ini.


E) Kahak berwarna merah atau pink

Darah mungkin penyebab kepada terhasilnya kahak berwarna merah. Kahak merah atau merah jambu biasanya disebabkan oleh:

  • Pneumonia: Antara gejala jangkitan paru-paru ini adalah batuk berdarah (kahak berwarna merah). Ia juga boleh menyebabkan demam, batuk, dan sakit dada.
  • Tuberkulosis: Jangkitan bakteria ini boleh merebak. Gejala utama termasuk batuk selama lebih dari tiga minggu, batuk berdarah dan keluarnya kahak berwarna merah, demam, dan berpeluh pada waktu malam.
  • Kegagalan jantung kongestif (CHF)
  • "Pumonary Embolisme": Ini berlaku apabila arteri pulmonari di dalam paru-paru anda tersumbat. Hal ini disebabkan oleh terbentuknya darah beku. Ia sering menyebabkan terhasilnya kahak berdarah. Masalah ini mengancam nyawa dan turut menyebabkan gejala seperti sesak nafas dan sakit dada.
  • Kanser paru-paru


F) Kahak yang berwarna jernih

Badan menghasilkan lendir dan kahak yang jernih setiap hari. Kebanyakannya terdiri dari air, protein, antibodi, dan beberapa garam terlarut untuk membantu mengekalkan kelembapan sistem pernafasan anda. Penghasilan kahak jernih yang berlebihan mungkin bermaksud bahawa badan anda sedang berusaha untuk melawan jangkitan virus atau reaksi alahan. Kahak yang jernih biasanya disebabkan oleh:

  • "Allergic Rhinitis": Kondisi ini juga dipanggil alahan hidung atau ‘hay fever’. Tubuh anda menghasilkan lebih banyak mukus hidung (hingus) akibat terdedah kepada alergen seperti debunga, rumput, dan rumpai. Lendir ini menghasilkan titisan ‘postnasal’ dan boleh menyebabkan anda batuk mengeluarkan kahak jernih.
  • "Viral Bronchitis": Masalah ini adalah radang yang melibatkan tiub bronkial dalam paru-paru. Masalah ini bermula dengan gejala kahak jernih atau putih dan batuk. Dalam sesetengah kes, anda mungkin akan kahakmungkin menjadi warna kuning atau hijau.
  • "Viral Pneumonia": Radang paru-paru ini disebabkan oleh jangkitan. Gejala awal termasuklah demam, batuk kering, sakit otot, dan selesema.

Apakah Petua Mencairkan Kahak?

Terdapat beberapa petua yang boleh digunakan bagi semua peringkat umur termasuklah bayi untuk menghilangkan atau mencairkan kahak seperti:

1) Udara lembap

Melembapkan udara di sekitar anda dapat membantu untuk mencairkan kahak. Anda mungkin pernah mendengar bahawa rawatan stim boleh mencairkann kahak. Selain dari stim, anda boleh menggunakan "humidifier" atau pelembap udara . Anda boleh memakai "humidifier" dengan selamat sepanjang hari. Anda hanya perlu memastikan bahawa air ditukar setiap hari dan bersihkan "humidifier" anda mengikut arahan pengeluar produk.

2) Kekalkan tahap hidrasi

Minum air secukupnya, terutamanya air suam. Ia boleh membantu mencairkan kahak. Cubalah minum jus atau makan sup ayam. Pilihan air yang baik termasuklah teh tanpa kafein dan jus buah suam atau air lemon.

3) Ambil bahan yang membantu memulihkan sistem pernafasan

Cuba ambil makanan dan minuman yang mengandungi limau, halia, dan bawang putih.
Terdapat beberapa bukti saintifik bahawa makanan dan suplemen berikut boleh menghalang atau merawat masalah pernafasan akibat jangkitan virus:

  • akar licorice
  • ginseng
  • beri
  • Echinacea
  • delima
  • teh jambu
  • zat besi

4) Berkumur dengan air garam

Ia boleh membantu mencairkan kahak yang melekat pada belakang tekak. Ia juga boleh membunuh kuman dan melegakan sakit tekak
Hirup sedikit campuran garam dan air kemudian condongkan kepala sedikit ke belakang.


Ubatan Efektif

Terdapat juga beberapa ubat-ubatan yang boleh anda gunakan, seperti: 

A) Dekongestan

Mengurangkan lendir yang mengalir dari hidung anda. Lendir ini bukannya kahak, tetapi ia boleh menyebabkan kesesakan dada. Dekongestan berfungsi dengan mengurangkan bengkak pada hidung dan membuka saluran udara anda. Anda boleh dapatkan dekongestan oral dalam bentuk:

  • tablet atau kapsul
  • cecair atau syrup
  • serbuk berperisa
  • semburan hidung dekongestan

B) Expectorant

Anda boleh mencuba produk seperti guaifenesin (Mucinex) yang mencairkan kahak dan jenis ubat ini dipanggil ‘expectorant’, yang bermaksud ia membantu untuk mengeluarkan kahak dengan menipiskan dan melonggarkannya. Terdapat versi kanak-kanak untuk yang berusia 4 tahun ke atas.

C) Ubat sapuan

Ubat sapuan, seperti Vicks VapoRub, mengandungi minyak kayu putih untuk mengurangkan batuk dan berpotensi menghilangkan mukus. Anda boleh menggosoknya pada dada dan leher tiga kali sehari.

Sumber Asal : Doktor On Call

Post a Comment

0 Comments