PAS & UMNO Patut Malu Dengan Ambiga - Kerajaan Perpaduan Mahathir

Menolak kerajaan perpaduan demi kelangsungan parti politik, menerima kerajaan perpaduan demi kesejahteraan rakyat dan negara. Menjadikan sebuah negara dimana pentadbiran bebas daripada kawalan parti politik yang menang majoriti.

Daripada penjelasan annuar musa semalam, menyatakan sekiranya kerajaan perpaduan dibentuk maka PM mempunyai kuasa penuh untuk mengawal kabinet. Tetapi apakah annuar lupa dimana setiap perkara yang hendak diputuskan, diperbaharui, diperhalusi perlu melalui dewan rakyat dan mendapat sokongan daripada MP. Jika menteri daripada pelbagai pelbagai parti, maka setiap menteri yang akan dilantik semestinya MP yang berkaliber didalam parti tersebut.

Tidak percaya kepada pemilihan mahathir? Jika PAS dan UMNO ragu dengan cara pemilihan kabinet yang akan dibuat oleh mahathir (mungkin mereka memikirkan sukar untuk melobi), sepatutnya daripada awal lagi PAS dan UMNO menolak sokongan pentabiran dibawah mahathir dan tidak menggembar-gemburkan usul percaya dalam dewan rakyat.

Banyak manfaat yang akan diperolehi rakyat sekiranya kerajaan perpaduan dibuat dan isu DAP mengawal kerajaan juga tidak akan menjadi topik hangat perbualan netizen. Walaupun DAP pada hari ini adalah parti yang mempunyai MP paling ramai dalam dewan rakyat, dengan pentadbiran kerajaan perpaduan ia dapat stabilkan semua parti politik,

Pembubaran parlimen hanya merugikan wang rakyat dan masa rakyat. Rakyat hanya akan dimomokkan dengan isu politik DAP, Najib, Rasuah, Islam, Kafir dan pelbagai janji manis. Kelak hanya sedikit perubahan mampu dibuat dan bercakaran seperti sarkas kekal mendominasi dewan rakyat.

Sekiranya segala cadangan tidak mendapat sokongan melebihi 50%. Kami rasakan tiba masanya Panglima Angkatan Tentera mengambilalih tampuk pentadbiran negara sementara waktu sehingga segala isu politik diselesaikan dan membubarkan semua parti politik yang ada demi kestabilan semula politik malaysia.

Ambiga sokong kerajaan perpaduan

Malaysiakini | Bekas pengerusi Bersih S Ambiga setuju dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dapat menyelesaikan konflik politik yang dihadapi negara.

"Saya menyokong kabinet atau kerajaan perpaduan apabila kestabilan diperlukan. Kita perlukannya.

"Ia memerlukan semua pihak bekerjasama demi kepentingan rakyat. Saya rasa kita perlu mendengarnya daripada Dr Mahathir. Apakah kandungannya? Mungkin ia bukan kerajaan perpaduan seperti yang kita pernah dengar sebelum ini.

"Jika ia tentang pembentukan kabinet yang tidak berdasarkan komposisi parti, maka ia idea baru yang perlu mendapat sokongan kita," ciapnya di Twitter.

Timbul spekulasi Mahathir menimbang untuk mewujudkan "kerajaan perpaduan", walaupun dengan terma yang tidak dapat dipersetujui BN dan PAS, yang menyebabkan mereka menarik balik sokongan kepada Mahathir semalam.

Post a Comment

0 Comments