Masa Untuk Buat Duit Dengan Topeng Muka

Dunia kini menghadapi kekurangan pakaian perlindungan seperti topeng, sarung tangan dan peralatan perlindungan lain dalam memerangi epidermik koronavirus, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Selain itu, dunia juga mengalami kekurangan peralatan kelengkapan perlindungan peribadi (PPE).

Malah, harga beberapa barangan naik 20 kali ganda daripada harga normal.

Keadaan itu berlaku kerana topeng mulut dan hidung telah disalahguna oleh individu-individu yang bukan pesakit atau kakitangan perubatan.

“Sekarang terdapat stok yang sudah habis empat hingga enam bulan. Saham-saham topeng dan pernafasan global kini tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan WHO dan rakan kongsi kami.

“Pada petang ini saya telah bercakap kepada rangkaian rantaian bekalan pandemik untuk mengenal pasti kesukaran dan mencari penyelesaian serta pengedaran peralatan secara adil,” katanya yang menyifatkan perkembangan itu sebagai masalah moral.

Tedros berkata, syarikat-syarikat berkaitan telah menjanji untuk memberi bekalan mencukupi kepada kakitangan kesihatan.

“Terdapat stok terhad PPE dan kami perlu memastikan individu yang memerlukannya diberi keutamaan dan dipastikan mencukupi,” tegasnya.

Beliau turut memberi amaran tiada keperluan untuk negara-negara dan kawasan yang menyaksikan penularan wabak yang rendah memiliki lebihan stok PPE.

- MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments