Umno Redha Kekal Pembangkang Jika ...................

UMNO redha untuk kekal sebagai pembangkang jika DAP ada bersama kerajaan baru yang ditubuhkan nanti.

Penegasan itu dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, perjuangan UMNO akan diteruskan dan itu adalah prinsip yang tiada tawar menawar.

“Sesiapa pun yg buat kerajaan,tetapi kalau bersamanya ada DAP,maka UMNO redha utk KEKAL SBG PEMBANGKANG…dan perjuangan kami tetap kami teruskan..INI PRINSIP YG TIADA TAWAR MENAWAR!!,” katanya menerusi Twitter.

Sebelum itu, Annuar berkata, beliau setuju sangat dengan pandangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menyatakan akan menyokong pakatan baru di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri James Masing.

Bagaimanapun, menurut Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, sokongan itu hanya jika kerajaan baru dibentuk tanpa DAP, biarpun GPS bukan sebahagian pakatan.

“Kami bersetuju untuk bersahabat dengan Pakatan Nasional atau apa pun namanya, tapi kami bukan sebahagian daripadanya,” katanya yang dipetik Malaysiakini.

 MalaysiaGazette

Post a Comment

0 Comments