Apakah Kerajaan PN Tidak Memberi Jaminan Keselamatan Terhadap Justo?

Warganegara Switzerland, Xavier Andre Justo meninggalkan Malaysia demi keselamatan keluarganya berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Menerusi laman Facebooknya hari ini, Justo berkata, beliau dan keluarganya tiba di kampung halaman mereka di Switzerland.

"Kepada semua rakan-rakan kami di Malaysia. Dengan kesedihan yang teramat dan hati yang kecewa kami terpaksa tinggalkan negara kamu yang indah.

"Kami sekeluarga telah banyak menderita dan saya tidak boleh mengambil risiko dengan membuatkan orang yang saya kasihi menderita sekali lagi jika sesuatu yang tidak kena berlaku.

"Kami kini kembali dan selamat di Switzerland tetapi hati dan jiwa kami bersama dengan kamu semua,"

"Ini bukan pengakhiran.

"Pada akhirnya kita akan menyerah dan melupakan prinsip kita, tetapi ini tidak akan berlaku.

"Kita perlu memberi anak-anak kita sebuah dunia yang berpegang kepada peraturan dan moral, jika tidak, tidak ada gunanya mengajar mereka untuk menjadi manusia dengan nilai-nilai baik.

"Kami yakin sepenuhnya bahawa Malaysia akan bangkit tidak lama lagi dengan kerajaan demokrasi yang dipilih dengan sewajarnya,"

Justo dipenjara di Thailand pada 2015 kerana didakwa memeras ugut bekas majikannya, Petrosaudi bagi mendedahkan data sensitif.

Beliau kemudian membocorkan data itu kepada Sarawak Report dan Edge Media Group, mendorong siasatan oleh pelbagai negara berhubung berbilion dana kekayaan berdaulat, 1MDB.

Beliau dibebaskan dari penjara pada 2016 selepas diberikan pengampunan diraja sempena 70 tahun Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej menaiki takhta.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments