Covid19 - Jangan Ulangi Kesilapan Kesilapan Rakyat Italy, Patuhi Arahan MKN


Di Italy dan banyak negara negara lain, pada asalnya, pihak kerajaan juga mengenakan KAWALAN PERGERAKAN seperti yang diumum PM kita pada malam tadi. Malangnya, pada peringkat awal ini, ramai dikalangan mereka ambil mudah hal ini. 

Kerajaan umum cuti dan sekolah semua ditutup. Tetapi, ibu bapa disana menggunakan peluang ini untuk bawa anak anak mereka berjalan, balik kampung, bercuti, bawa ke supermarket, dan mereka tidak betul betul 'duduk' di rumah seperti yang disyorkan oleh kerajaan.

Mereka masih ke gym, masih ke restaurant, masih ke club. 

Dan kesannya, hari ini seramai 27,980 rakyat Itali sudah dijangkiti penyakit ini dan menyebabkan 2158 kematian. Dalam tempoh 24 jam semalam sahaja, mereka mencatatkan 3233 kes baru dalam sehari. 

Sekarang, di sana dah hampir total lock down. Semua orang tidak lagi dibenarkan keluar dari rumah melainkan kes kes tertentu sahaja. 

Kita rakyat Malaysia, jangan ulangi kesilapan yang sama seperti yang mereka lakukan.

Status Di Malaysia

Bermula esok, 18 March 2020 baru dikenakan kawalan pergerakan di Malaysia. Belum LOCK DOWN lagi. Ini bermaksud, rakyat Malaysia masih boleh keluar dari rumah untuk urusan urusan penting. 

Tapi, tahukah anda. Kes terkini di Malaysia adalah sebanyak 566 kes dengan 120 kes baru dicatatkan semalam. Saya menjangkakan, dalam tempoh seminggu lagi jumlah ini mungkin akan meningkat kepada 1000 kes. Ini disebabkan masih banyak lagi 'ujian Covid-19' yang ke atas suspek yang masih belum keluar keputusan mereka. 

Jika kes ini meningkat dan terus meningkat, pihak hospital akan mengalami kesukaran untuk memberi rawatan seterusnya kepada pesakit.

Di Italy, disebabkan terlalu ramai orang sakit dan kritikal, mereka terpaksa memilih untuk siapa yang perlu hidup dan siapa yang mati. Mereka yang 'kronik' akan 'dibiarkan' mati. Rawatan akan diutamakan kepada mereka yang mengalami 'mild symptom'.  Bayangkan, jika negara Italy di Eropah yang maju pun menghadapi masalah sebegini, macam mana dengan kita di Malaysia? Kita tak mampu untuk handle kes kes sebegini dalam kuantiti yang besar. 

Sekarang ini pun, pihak kesihatan sudah 'letih' dan 'lembik' dengan kerja lebih masa yang terpaksa mereka lakukan. Mereka terpaksa memakai pakaian khas untuk melindungi mereka dari terkena jangkitan penyakit. 

Kasihanilah mereka. Usah ditambah lagi derita mereka. 

Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Lakukan Sekarang

1. Elakkan dari membawa anak kecil keluar ketika pergi shopping barang keperluan di supermarket. Jika perlu, pergi seorang sahaja dan itu pun diambil langkah pencegahan sebaik mungkin.

2. Sebaik mungkin, elak dari menyertai program / berjumpa dengan orang ramai jika tidak berkeperluan. Jika jumpa pun, pastikan berada pada jarak 1 Meter. Elakkan dari melakukan sebarang sentuhan seperti bersalam. 

3. Jika ada orang yang telah rancang kenduri / majlis perkahwinan dalam waktu ini. Dicadangkan sekadar adakan majlis akad nikah dan ditangguhkan majlis kenduri tersebut.

4. Hari ESOK bermula KAWALAN PERGERAKAN bagi semua rakyat Malaysia, saya mohon kita sama sama BERSATU dalam menghadapi ujian daripada Allah ini.

5. Perbanyakkan doa dan solat hajat, mohon bantuan dari Allah agar masalah ini dapat dijauhi segera dari Malaysia dan seluruh dunia amnya. 

6. Elakkan membuat pembelian panic melampau. Jika membeli barang keperluan, beli lah sekadar mencukupi keperluan.

7. Sila stop pergi bercuti. 

8. Sekarang musim cuti sekolah, saya perhatikan ramai anak anak berkumpul beramai ramai dengan kawan kawan mereka. Ini juga salah satu cara mudah penyebaran virus ini berlaku. Mereka ini terlalu banyak dengan aktivti mereka tersendiri. Anak anak ini tak fikir sangat bab keselamatan, mereka hanya fikir keseronokan.

9. Sekarang, ramai ibu bapa yang bercuti atau bekerja dari rumah. Guna masa ini untuk 'create' bonding dengan anak anak. Anda boleh bermain dengan anak anak. Rapatkan hubungan dengan mereka. 

Post a Comment

0 Comments