Gesaan Najib - 5 Tindakan Kerajaan PN Patut Buat Mengelakkan Penularan Covid-19

Pada pendapat saya, kerajaan PN patut:

1. Mengeluarkan perintah kuarantin mandatori untuk14 hari kepada semua peserta acara “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling itu termasuk ahli keluarga  di rumah mereka.

Mereka yang telah disaring dan didapati negatif juga perlu meneruskan perintah berkurung 14 hari di rumah sendiri kerana ada kala ianya perlu beberapa ujian sebelum didapati positif.

2. Mengumumkan kerajaan memberi jaminan bahawa mereka yang perlu menjalankan kuarantin di rumah sama ada  warga tempatan atau pekerja asing akan diberi bantuan kewangan sebagai gantirugi mereka tidak dapat bekerja.

3. Mengarahkan semua masjid, gereja dan rumah ibadat lain jalankan proses nyahkuman mandatori. 

4. Jika tidak mahu menutup masjid-masjid dan rumah ibadat lain pada tempoh kritikal ini, sekurang-kurangnya membenarkan atau menggalakkan Rakyat pilih untuk solat atau sembahyang di rumah.

5. Menteri-menteri yang ada kaitan atau hubungan dengan negara China patut meminta negara itu untuk membekal atau menderma alat bantuan pernafasan (respirator) dan topeng muka.

Ini kerana situasi Covid di China sudah reda.

Sebelum wabak Covid bermula bulan Januari lalu, China mengeluarkan 50% dari topeng muka di dunia.

Selepas wabak bermula, China sudah membina dan meningkatkan pengeluaran topeng muka sebanyak 12 kali ganda.

Baru-baru ini, negara China menderma 250,000 topeng muka kepada Iran, menderma 200,000 topeng kepada negara Filipina, membekal 5 juta topeng muka kepada Korea Selatan dan membekal 100,000 alat bantuan pernafasan dan 2 juta topeng muka kepada negara Itali.

Kita juga boleh meminta negara China untuk membantu kilang-kilang tempatan untuk meningkatkan pengeluaran alat bantuan pernafasan dan topeng muka.

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments