HILANG! Duit RM250k Dalam Peti Besi Syed Saddiq! Toyol Ker Curi?


 Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddqi Syed Abdul Rahman menafikan wang tunai RM250,000 yang hilang dari kediamannya milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menjelaskan kejadian itu di laman Twitter, Ahli Parlimen Muar itu berkata:

“Untuk masa ini, saya tidak dapat mengesahkan sebarang butiran atau spekulasi sehingga siasatan selesai.

“Laporan media bahawa RM250 ribu tersebut merupakan wang PPBM adalah tidak benar dan anggaran kecurian masih belum dapat disahkan,” katanya.

Menurut Ketua Armada Bersatu Malaysia itu, beliau telah membuat laporan polis terhadap kes kecurian yang berlaku di rumahnya itu.
Katanya, pihak polis dan forensik telah datang membuat siasatan di rumah sejak malam semalam.

“Saya berterima kasih kepada pihak polis diatas kerjasama yang sangat baik dan berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.

Beliau juga berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak sahih kepada orang ramai.

“Sila rujuk pada laporan polis yang telah dibuat. Terima kasih,” katanya.

Mengikut laporan polis yang dibuat Syed Saddiq, kali terakhr beliau melihat wang tersebut adalah pada 13 atau 14 Mac lalu, dan kehilangan itu disedari pada 29 Mac.

Katanya, tiada sebarang kesan umpil pada peti besi berkenaan manakala keadaan rumah serta biliknya juga kemas.

Terdahulu media melaporkan berita kehilangan wang tunai yang didakwa disimpan di dalam peti besi di dalam bilik Syed Saddiq.

Kediaman tersebut dikatakan dihuni oleh Syed Saddiq dan seorang pembantu rumah. 

Post a Comment

0 Comments