Dah lama sangat menyepi penguling jalanan malaysia ni. Peluang memerintah malaysia telah diberi. Kucar kacir sekali tahap pentadbiran. U-turun itu perkara biasa, dalam kabinet bincang lain, bila keluar statement lain jadinya. Ratib sesama sendiri meminta mahathir meletak jawatan dah sinonim.
Nampaknya golongan raykat ni dah semakin menyusut. Nantikan dakyah raykat lepas ni. Ketua piji dah bersara. Siapa agaknya akan amik alih menjadi ketua raykat. Kita tunggu...............
FreeMalaysiaToday :
Perhimpunan selama 2 jam bermula 6 petang itu dihadiri kira-kira 40 individu yang membantah pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8.
Peserta perhimpunan kemudian dilihat berarak dari pusat membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka.
Tinjauan Bernama mendapati kehadiran peserta perhimpunan mengganggu orang awam yang beriadah di Dataran Merdeka serta menimbulkan kemarahan pemuzik jalanan yang membuat persembahan.
Mengulas perkara itu, Fahmi berkata kehadiran peserta perhimpunan dilihat sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman awam.
“Pendapatan penghibur jalanan juga terjejas kerana jarak persembahan penghibur jalanan dan peserta perhimpunan dekat, timbul konflik antara mereka.
“Penganjur akan disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana gagal menyerahkan notis untuk berkumpul,” katanya.
0 Comments