Ini Tragis! Anwar Pecat Mahathir ?

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi anggota Pakatan Harapan (PH).

Perkara tersebut dimaklumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

"Sekarang sehingga hari ini, dia (Dr Mahathir) bukan lagi anggota PH. Tapi kita buka untuk rundingan di mana dia ada menjemput untuk berjumpa dengan beberapa orang daripada kita (PH) hari ini.

"Saya tidak bersama kerana saya berada di sini (sidang media)," katanya.

Berhubung dakwaan Dr Mahathir yang mengatakan beliau ditolak orang Melayu kerana membawa idealogi politik liberal, Anwar berkata, beliau mendapat sokongan majoriti Melayu di kawasan yang ditandinginya pada pilihanraya.

"Mahathir tolak saya tapi orang Melayu, saya belum pasti sebab saya bertanding di semua kawasan majoriti besar orang Melayu sokong saya.

"Port Dickson majoriti lebih 60 peratus sokong dan di Permatang Pauh, ia adalah sokongan Melayu. Maka saya rasa tak perlu ulas lebih daripada itu," katanya.

Dalam pada itu Anwar berkata, komponen PH tetap terikat dengan janji kepada rakyat dan mereka yang memungkiri serta mengkhianati janji itu, dianggap tidak telus dan jujur dalam perjuangan.

Menurutnya, PH bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sama ada di kalangan rakyat, Dewan Rakyat atau pun berdepan pilihan raya umum.

"Kita sebagai parti tetap pertahankan Islam, bangsa Melayu dan merangkul semua kaum dan suku lain di negara ini.

"Saya harap ini jelas walaupun ia bermakna mengorbankan kedudukan dan tidak menjadi Perdana Menteri seperti yang diuar-uarkan sekian lama.

"Saya tidak gundah kerana saya rasa perjuangan politik ini, etika dan moral mengatasi bukan pengkhianatan," katanya

Post a Comment

0 Comments