Jenis Hand Sanitiser Untuk Covid-19 & Alternatif Sebenar Lebih Baik Hand Sanitiser


Homemade Hand Sanitiser? Secara prinsipnya, penggunaan hand sanitiser hanyalah digalakkan apabila ketiadaan sabun dan air.

Mencuci tangan menggunakan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat lebih berkesan membunuh virus dan bakteria berbanding alcohol-based hand sanitiser.

Sekiranya menggunakan alcohol-based hand sanitiser, hanya sediaan yang mengandungi sekurang-kurangnya kepekatan 60% sahaja digalakkan. Ini kerana jika kandungan alkohol kurang daripada itu, keberkesanannya untuk membunuh bakteria dan virus menurun.


Bagaimana jika guna campuran larutan antiseptik untuk dijadikan sanitiser?

Mengikut kajian, chloroxylenol (antiseptik) berkesan dengan baik terhadap bakteria gram positif, namun bertindak sederhana ke atas bakteria gram negatif dan virus (1).

Harus diingatkan bahawa COVID-19 adalah sejenis virus. Apabila chloroxylenol diletakkan ke atas kulit, ia bertindak dengan lambat dan tidak begitu efektif dalam membunuh kuman berbanding bahan-bahan lain (2).

Oleh sebab itu, dikhuatiri penggunaan home made sanitiser menggunakan campuran larutan antiseptik tidak dapat membunuh virus dengan efektif.

Ia mungkin lebih memudaratkan sekiranya pengguna beranggapan penggunaan larutan homemade sanitiser tersebut sudah mencukupi dan mengabaikan praktis membasuh tangan dengan sabun dan air yang sepatutnya lebih diutamakan.

Kesimpulannya, amalkan cucian tangan dengan sabun dan air dengan kerap dan hanya alcohol-based hand sanitiser dengan kepekatan alkohol melebih 60% dicadangkan sebagai hand sanitiser.

@Fahmi Hassan
Pharmacist
http://fahmihassan.net

Post a Comment

0 Comments