Ketua Armada Asyik Copy Idea Negara Lain Jer.. Janji Boleh Kondem Kerajaan Kan?

Pemuda Bersatu (Armada) menyambut baik pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan bagi menghadapi kelembapan ekonomi akibat krisis wabak Covid-19.

Bagaimanapun Armada bimbang subsidi gaji sebanyak RM600 untuk pekerja yang bergaji di bawah RM4,000 sebulan, tidak cukup untuk mengelakkan majikan muflis atau 'gulung tikar'.

Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, subsidi itu hanyalah 15 peratus bagi pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan.

"Adakah bantuan subsidi sebanyak RM600 seorang cukup untuk menampung majikan atau perniagaan yang mungkin mengaji 10 orang dengan gaji RM4,000? 

"Jika kita lihat negara seperti Singapura, mereka memberikan subsidi sebanyak 25 peratus-75 peratus berdasarkan tahap impak Covid-19 kepada perniagaan seseorang," 

"Ini dapat memastikan sesebuah perniagaan atau syarikat itu tidak ‘gulung tikar’ dalam tempoh minimum tiga bulan akibat kesan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pada masa ini, majikan lebih rela menyuruh pekerja mengambil cuti tidak bergaji seperti yang berlaku dalam sektor penerbangan.

Selain itu katanya kerajaan haruslah memberi fokus utama dalam memastikan industri mengekalkan tenaga kerja yang sedia ada.

"Kerisauan utama adalah kitaran ganas yang mungkin berlaku apabila majikan tidak mempunyai pilihan lain melainkan memecat pekerja mereka dan kemudian tidak mempunyai kekuatan kewangan yang kukuh untuk menggaji orang baru sehingga jatuhnya perniagaan tersebut," jelasnya.

BANkami : Dalam business ada naik turun dan pelbagai risiko hadapan yang kadangkala sukar untuk dielak. Setiap yang jatuh pasti ada pengganti dan itu adalah kitaran dunia perniagaan. Jika mereka bijak, mereka akan mengatur pelbagai jenis strategi untuk memastikan mereka mampu bangkit. 

Jika kerajaan menyalurkan kepada PKS, memang dapat membantu menampung untuk sementara tetapi ia tidak memberi kepada kecairan kuasa beli yang diperlukan untuk memastikan pencairan kewangan berlaku dengan kadar tinggi walaupun negara dilanda pandemik. 

Pemberian rm600 sebagai saguhati sekiranya diminta berhenti adalah suatu tindakan tepat kerajaan. Jika memberi inisiatif kepada syarikat yang dikatakan terkesan kerana covid19, ia tidak memberi impak kepada purchasing power yang diinginkan. 

Secara keseluruhan, Syed Saddiq mengakui pakej rangsangan berkenaan akan  dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Malaysia dalam berdepan wabak Covid-19.

Anggota parlimen Muar itu  juga meminta kerajaan menjelaskan sekiranya pemberian RM200 kepada mahasiswa adalah termasuk mereka yang menjalani latihan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET).

"Kami berharap agar pelajar TVET juga dimasukkan dalam pemberian tunai sebanyak RM200. 

"Kita mesti konsisten dalam mengangkat pelajar-pelajar graduan TVET kerana mereka dilihat sebagai tulang belakang masa depan industri negara," katanya.

Selain itu beliau menyeru agar skim jaminan bernilai RM 50 billion oleh kerajaan diberi perhatian khusus dan memohon agar prasyarat yang adil diletakkan sebelum jaminan kerajaan diberikan kepada syarikat.

"Armada juga berharap akan wujud kerjasama dwipartisan semua parti politik dan kerajaan persekutuan berkerja rapat bersama dengan kerajaan negeri agar pelaksanaan bantuan Prihatin Nasional sampai kepada semua pihak yang dikehendaki," jelasnya.

Di bawah perintah kawalan pergerakan, perniagaan dan perkhidmatan yang tidak penting diarahkan ditutup dan orang ramai tidak digalakkan meninggalkan rumah kecuali perkara penting seperti mendapatkan bekalan makanan.

Langkah itu bertujuan membendung penyebaran Covid-19, namun turut mengakibatkan sebahagian besar aktiviti ekonomi negara terhenti.

PKP yang pada mulanya ditetapkan berakhir pada 31 Mac dilanjutkan kepada 14 April

Post a Comment

0 Comments