Raifanabillah Zulkifli, peneraju siaran pagi Bernama Radio menyifatkan pengalaman berkuarantin amat mencabar dari segi mental, serta memerlukan daya kekuatan yang amat tinggi.
Beliau yang memuat naik pengalamannya semasa kuarantin di laman Facebooknya turut menceritakan segala langkah yang diambil bagi memastikan keluarganya dihindari dari dijangkiti virus tersebut.
“Kena jaga jarak sekurang-kurangnya dua meter kerana takut ada rembesan air liur,” dan tidur serta makan berseorangan di bilik lain, katanya.
Raifanabillah atau lebih dikenali sebagai Raifa berkata sebelum mendapat keputusan yang beliau negatif Covid-19, beliau sukar sekali untuk tidur kerana memikirkan pelbagai kebimbangan mengenai penyakit tersebut.
“Untuk dua minggu tersebut, kamu akan fikir macam mana kalau tidak selamat, macam mana esok bangun dah tiada, macam- macam benda la fikir masa ini,” katanya.
Raifa berkata beliau juga perlu melalui pelbagai langkah perubatan sepanjang kuarantin, iaitu memeriksa suhu badan setiap hari dan memastikan tiada simptom gejala Covid-19.
“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras akan datang untuk membuat pemeriksaan mengejut walaupun belum disahkan positif, PKD juga akan call untuk tanya kesihatan dan sebagainya,” katanya.
Raifa berkata beliau turut mengalami serangan panik bila hari keputusan semakin menghampiri.
“Walapun ini adalah cabaran yang perlu dilalui, namun saya berterima kasih sangat kepada doktor yang prihatin serta ahli keluarga dan rakan yang sentiasa di sisi saya,” katanya dalam catatannya di FB.
#throwback #latepost #kakakdahkerja Ini Adalah Posting Yang Panjang Tentang Pengalaman Kakak sebagai PUI #covid19...
Posted by Raifanabillah Zulkifli on Friday, March 27, 2020
Malaysiakini
0 Comments