Kuatkan Mental Gais! Cadangan Tambah PKP 4 Minggu Lagi Gais!


Pakar epidemiologi Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud percaya perintah kawalan pergerakan (PKP) perlu dilanjutkan selama empat minggu lagi supaya ia betul-betul berkesan.

Profesor Universiti Malaya itu memberitahu NST bahawa ini perlu kerana beberapa perhimpunan massa yang diadakan baru-baru ini.

Ini termasuk mereka yang masih tidak dapat dikesan selepas menghadiri perhimpunan tabligh Sri Petaling, Kuala Lumpur pada awal bulan ini, sebuah pesta keagamaan di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada 8 Mac, Ijtima Tabligh di Makassar, Indonesia yang dibatalkan dan mereka yang dari Lembah Kelang yang pulang ke kampung sebelum PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac.

"Kami memerlukan enam minggu. Perintah Kawalan Pergerakan 14 hari tidak mencukupi. Sekiranya berjaya dan kita akan melihat penurunan dalam kes jangkitan baru, kita masih perlu melanjutkannya kerana kita mahu melihat angka-angka itu turun menjadi sifar atau nombor yang lebih kecil dan mampu diurus. Dan itu tidak akan berlaku dalam masa dua minggu," katanya.

Awang Bulgiba, yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Sosial dan Pencegahan UM, berkata terlalu awal untuk mendakwa bahawa jumlah jangkitan Covid-19 sudah mencapai ‘plateau’ atau mendatar

Katanya, gelombang kedua wabak itu adalah hasil usaha bersepadu untuk mengesan dan menguji mereka yang menghadiri himpunan tabligh di Sri Petaling.

"Sekarang nampaknya angka-angka itu sudah tidak naik, kes jangkitan baru dijangka menjadi plateau untuk selama beberapa hari, tetapi pada masa ini, terlalu awal untuk mengatakan demikian.

"Jika kamu mengikuti contoh China, walaupun kes-kes jatuh ke sifar, mereka tunggu selama 14 hari lagi sebelum mereka mengisytiharkan ia telah berakhir kerana kluster-kluster baru mungkin muncul yang tanpa gejala.

"Mereka perlu tunggu hingga tempoh inkubasi selesai dan tiada kes baru muncul. Kita perlu tunggu dan lihat," katanya.

Beliau berkata pihak berkuasa juga perlu mengesan dan menguji mereka yang menghadiri acara keagamaan di Teluk Bahang, yang dilaporkan dihadiri oleh 30,000 orang.

"Semua mereka perlu dikesan. Kita perlu putuskan rangkaian itu,” katanya

Post a Comment

0 Comments