Lanjutkan PKP, Mungkin Itu terbaik Daripada Penularan Kembali Ganas

Untuk keselamatan sejagat, kami sendiri rasakan adalah lebih baik kerajaan melanjutkan perintah kawalan pergerakan. Dengan jumlah kes positif melebihi 1000 dan dilihat tiada penurunan positif atau situasi positif yang menunjukkan virus covid dalam situasi terkawal. 

Walaupun banyak situasi yang perlu dititikberat dari sosio ekonomi penduduk, kita sendiri perlu bertenang dan menerima PKP untuk kebaikan bersama dimasa akan datang. Covid19 mampu menjatuhkan ekonomi negara jika tidak dihentikan penularannya. 

FMT | Kerajaan akan mengkaji melanjutkan perintah kawalan pergerakan selepas 31 Mac sekiranya pergerakan rakyat masih belum terkawal, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika negara sedang berusaha menurunkan bilangan jangkitan Covid-19.

“Saya akan maklumkan nanti,” katanya pada sidang media hari ini, ketika perintah memasuki minggu kedua, dengan penglibatan tentera membantu polis menguatkuasakan arahan kerajaan.

Muhyiddin berkata Majlis Keselamatan Negara akan mempertimbangkan perkara itu pada 30 Mac ini, berdasarkan data semasa dan jika perintah kawalan pergerakan menghasilkan kesan positif.

Post a Comment

0 Comments