Mari kita baca kenyataan bersama PH ini yang dikeluarkan oleh:
1) Saifuddin Nasution dari PKR dan Anthony Loke dari DAP
Pudin ini lah yang keluarkan kenyataan minggu lepas untuk mempertikaikan langkah kerajaan PN memberi bantuan bayaran RM600 sebulan kepada mereka yang terpaksa ambil cuti tanpa gaji kerana Pudin kata kewangan kerajaan runcing akibat kejatuhan harga minyak dunia.
Boss Anthony Loke ini juga yang pernah berkali-kali berjanji untuk memberi BR1M sebanyak RM2,000 sebulan seperti janji BN dahulu jika mereka menang PRU14 tapi akhirnya kencing rakyat selepas menang.
Sekarang, kedua-dua ex-menteri ini pula suruh kerajaan PN kembalikan BR1M RM2,000.
Eh, kewangan kerajaan tak runcing lagi ke?
2) Lid dari PAN.
No komen, Untuk apa nama dia ada dalam siaran media ini?
Saya juga telah menjawab hasutan PH tentang langkah kerajaan PN memberi kelonggaran untuk mengeluarkan duit KWSP tadi di sini:
Selain itu, tiada apa-apa idea atau saranan bernas yang terkandung dalam siaran media bersama dari rejim gagalkrasi PH yang sudah tumbang ini.
Perlu ingat juga bahawa apa yang dumumkan hari ini oleh kerajaan PN cuma langkah-langkah interim seperti langkah interim minggu lepas untuk membayar RM600 sebulan kepada mereka yang dipaksa bercuti tanpa gaji serta penangguhan pelbagai bayaran seperti PTPTN, pengecualian sewa PPR dan sebagainya.
Pakej rangsangan ekonomi besar PN hanya akan diumumkan pada 30 Mac nanti di mana ianya pasti akan ada lagi banyak bantuan kewangan terus kepada golongan terjejas.
PN bukan rejim Gagalkrasi PH yang suruh Rakyat ikat perut atau jangan harapkan kerajaan membantu.
0 Comments