Mahkamah Tangguh Perbicaraan Zahid - Ini Kami Tidak Setuju!

Perikatan Nasional perlu tegas dalam setiap kes rasuah yang membabitkan kes berprofil tinggi! Jika gagal, tune rakyat akan berubah pada PRU15. Rakyat menilai pentadbiran perikatan nasional dan semestinya PAS akan terpalit jika kerosakan rasuah tidak ditangani dengan betul. 

Zahid yang boleh berada dalam zone OKT sepatutnya tidak menghadiri perbincangan tersebut dan memberi ruang kepada TokMat untuk berbincang bersama muhyiddin. UMNO sendiri perlu segera membuang wakil rakyat mereka yang terpalit dengan kes mahkamah. Apakah mereka lupa, kerana isu rasuah rakyat menjatuhkan kerajaan BN yang berpuluh tahun lamanya. Inikan pula perikatan nasional yang berusia setahun jagung dan dikatakan akan ditentang oleh PH dalam usul undi tidak percaya pada sidang dewan rakyat nanti. 

FreeMalaysiaToday  :
Perbicaan kes pecah amanah dan rasuah Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sehari kerana beliau perlu membincangkan pelantikan menteri Kabinet dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan oleh peguam Zahid, Hisyam Teh dan Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran.
Raja Rozela berkata pendakwaan mempunyai 5 saksi untuk perbicaraan hari ini, namun akan menyerahkannya kepada mahkamah. Sequerah berkata perbicaraan yang bermula pada 18 Nov itu akan bersambung esok. Pihak pendakwaan memanggil 39 saksi setakat ini.
Zahid adalah presiden Umno dan ahli Parlimen Bagan Datoh. Beliau berdepan 47 tuduhan pecah amanah melibatkan dana Yayasan Akal Budi, pengubahan wang haram serta menerima rasuah untuk pelbagai projek ketika beliau bergelar menteri Dalam Negeri.

Post a Comment

0 Comments