Melayu Marah Cina, Tapi China Datang Bantu.. Melayu Marah Cina DAP Kan?

Bantuan berupa pelbagai peralatan perubatan dari negara China bagi menyokong usaha Malaysia memerangi pandemik Covid-190 tiba hari ini, dengan acara penyerahan secara simbolik berlangsung di Wisma Putra.

Duta China ke Malaysia, Bai Tian dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Hussein hadir pada majlis yang menyaksikan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara semakin mengukuh berpaksikan kepada ‘Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni’.

Sumbangan berupa sejumlah 50,000 (disposable coverall); 100,000 penutup muka jenis N95; 500,000 (topeng muka surgical); 100,000 kit ujian; dan 200 alat bantuan pernafasan.

Tidak terhad setakat itu, Bai Tian dalam ucapannya turut memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk  menghantar sekumpulan pakar perubatan khas Covid-19 ke negara ini.

Katanya, China kini bersedia untuk menerbangkan kumpulan pakar dari Shanghai yang terdiri daripada pakar pelbagai  bidang termasuk respitori, unit rawatan rapi dan lain-lain yang telah membantu negara itu memerangi Covid-19 sebelum ini.

“Kumpulan ini antara yang terbaik kita pernah ada ketika memerangi wabak pandemik yang ketika itu mencapai angka begitu tinggi.

“Kami berbesar hati untuk membantu Malaysia ketika ini yang sedang melalui ‘duka’ seperti mana yang dilalui kami.

“Kita telah membuat keputusan serta persediaan untuk menghantar kumpulan pakar ini untuk membantu pasukan perubatan di KKM nanti, ketika ini kita sedang adakan perbincangan dengan tenaga pakar di sini apakah sebenarnya keperluan serta kehendak mereka.

“Dalam masa terdekat, kita akan bawa mereka untuk bantu Malaysia,” katanya dalam majlis serba ringkas yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Peralatan perubatan yang tiba hari ini turut disumbang syarikat-syarikat China yang berpangkalan di Malaysia.

Sementara itu Hishammuddin dalam pada itu melahirkan rasa terharu dan lega dengan bantuan tidak henti-henti oleh China kepada Malaysia bagi memastikan negara ini tidak terputus bekalan perubatan dalam usaha memerangi Covid-19.

“Saya tidak ada kata-kata untuk meluahkan perasaan penghargaan ini, ketika saat kita susah inilah negara China yang pastinya mempunyai pengalaman luas menangani wabak ini tampil membantu kita.

“Terima kasih banyak-banyak,” katanya dengan penuh emosi sebentar tadi. 

Post a Comment

0 Comments