Kami bukan anti tabligh, tetapi mahukan kerajaan bertindak lebih tegas dalam memastikan situasi covid-19 terkawal dalam negara dan bukannya mengambil tindakan setelah kes meningkat kepada beribu.
Tengok perbezaan jumlah kes Covid dalam tempoh 3 minggu sahaja:
18 Feb:
- Itali 3 kes (0 kematian)
- Korea Selatan 31 kes (0 kematian)
- Iran 0 kes
- Malaysia 22 kes (0 kematian)
10 Mac (3 minggu kemudian)
- Itali 10,149 kes (631 kematian)
- Korea Selatan 7,755 kes (61 kematian)
- Iran 8,042 kes (291 kematian)
- Malaysia 129 kes (0 kematian)
Negara-negara barat seperti Perancis (1,784 kes), Sepanyol (1,695 kes), Jerman (1,565 kes) dan Amerika Syarikat (1,010 kes) juga mencecah 1,000 kes semalam.
Ini adalah amaran bahawa situasi boleh berubah dengan begitu laju. Sebab itu, Malaysia masih perlu berjaga-jaga dan segera mengambil tindakan tegas.
Malaysiakini | Lelaki positif Covid-19 hadir di himpunan tabligh bersama 10,000 orang
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mendedahkan bahawa kira-kira 10,000 orang telah menghadiri perhimpunan tabligh di masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur antara 27 Feb dan 1 Mac, yang turut disertai seorang lelaki warga Brunei yang positif dengan Covid-19.
“Berdasarkan maklumat awal, perhimpunan tabligh ini melibatkan anggaran sejumlah 10,000 orang dari beberapa buah negara termasuk Malaysia.
“Peserta dari Malaysia adalah dianggarkan melebihi 5,000 orang. Semua Jabatan Kesihatan Negeri sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini di negeri masing-masing,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
KKM menyeru agar semua yang telah menghadiri perhimpunan ini memberi kerjasama kepada pihak KKM bagi memastikan jangkitan Covid-19 tidak terus merebak dalam komuniti.
Warga Brunei itu disahkan mendapat jangkitan virus itu selepas dia pulang ke negara asalnya dan menjadi kes pertama Covid-19 di Brunei.
0 Comments