Muhyiddin Angkat Sumpah PM Baru, Mahathir Tagih Simpati Agong

Politik malaysia makin celaru dan dalam kecelaruan muhyiddin telah menyambar segala kelebihan yang mungkin dia ada buat masa ini. Rakyat dilihat ramai bersetuju dan hanya segelintir kelompok yang boleh kami gelarkan raykat membuat adegan sadis dengan menyatakan #notmypm. 

Malaysiakini | Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menafikan menyokong Dr Mahathir Mohamad. Sambil menambah bahawa dia tidak pernah menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyokong perdana menteri sementara itu.

Sebaliknya berkata telah menandatangani SD yang menyokong Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat (atas) tampil sebagai ahli parlimen kedua menafikan menyokong Mahathir.

Ini membawa jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Mahathir hingga 113.

Senarai asal yang dikongsi Mahathir sebelum ini, yang menyebut jumlahnya sebagai 114, tertinggal nama ahli Parlimen Hulu Selangor dari PKR, June Leow.

Senarai itu diperbetulkan pada jam 11.49 malam.

Mahathir berharap Agong akan dapat menerima surat yang disediakannya untuk menjelaskan sokongan terhadapnya.

Muhyiddin dijangka angkat sumpah pada jam 10.30 pagi esok.


Post a Comment

0 Comments