Mukhriz Confuse Identity - Tak Dapat Terima PAS Bergabung Dengan BERSATU

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berikrar akan mempertahankan Kedah yang kini menjadi negeri terakhir ditadbir menteri besar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), susulan perkembangan politik tanah air.

Selepas kerajaan PH tumbang di Johor yang menyaksikan jawatan menteri besar di negeri itu digantikan dengan pemimpin parti lain dan Perak yang turut dijangka mengalami perubahan kepimpinan, kini Kedah menjadi harapan terakhir untuk kekal diterajui Bersatu.

Menurut Mukhriz, walaupun di peringkat nasional Bersatu diumumkan keluar daripada PH dan menjadi sebahagian daripada gabungan yang membentuk Perikatan Nasional, keadaan di negeri ini berbeza kerana Bersatu memilih untuk kekal dengan PH membentuk kerajaan negeri.

"Johor negeri kita, kalah dah, Perak kemungkinan besar pun Bersatu hilang. Yang tinggal sekarang untuk Bersatu adalah Kedah Darul Aman… yang ini pun umpama telur di hujung tanduk.

"Jadi dalam perkembangan politik semasa ini, demi kepentingan parti kita dan semua perjuangan parti kita, kita mesti mempertahankan mati-matian, kita tak akan serahkan kerajaan negeri ini kepada PAS," katanya semasa berucap pada Program Penerangan Bersatu Kedah di sini,  Rabu malam.

Untuk rekod, PAS menguasai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, manakala PKR memiliki tujuh kerusi, Bersatu (6), Amanah (4), DAP (2) dan UMNO (2).

Mukhriz turut menegaskan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi pengerusi Bersatu selepas peletakan jawatannya sebelum ini ditolak sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat parti itu.

Post a Comment

0 Comments