Penambahan Hutang RM140 Billion, Guan Eng Dah Goyang Ker?


Guan Eng keluarkan kenyataan media hari ini. Dia kata jika mahu siasat dia, perlu siasat Muhyiddin juga kerana penambahan hutang RM140 bilion juga diluluskan dalam kabinet semasa Muhyiddin menteri KDN.

Dia nafikan dia terlibat dalam penjualan aset-aset negara walaupun dia dan Tony Pua pernah kata penjualan aset adalah baik untuk negara.

Artikel HMetro >  Jual aset, tutup syarikat bebankan kerajaan - Guan Eng

Dia juga kata peranan dia dalam penjualan aset Tabung Haji cuma sekadar sokongan kepada menyokong keputusan menyuntik hampir RM20 bilion dalam bentuk jaminan kerajaan bagi menyelamatkan Tabung Haji (dengan cara Tabung Haji jual aset bernilai RM20 bilion kepada syarikat menteri kewangan).

Lalu dia tuduh Mat Hassan rasis. Nampaknya Guan Eng dah mula goyang.

Hari ini, dia terpaksa mengaku:
  1. Hutang negara naik dengan tinggi di bawah PH. Jaminan hutang kerajaan juga naik.
  2. Aset-aset negara banyak dijual.
  3. Dia ada peranan memberi sokongan pelan Tabung Haji untuk menjual aset kepada Menteri Kewangan.
Dulu masa dia menteri kewayangan, kenapa dia tak mahu mengaku pada masa Najib banyak kali membongkarkan isu-isu ini?

Ada juga penyokong-penyokong PH yang kata Najib bohong atau tipu masa itu pula. Saya buat posting dan tuduhan dengan segala-gala buktinya.

Artikel Malaysia Gazette > Jika mahu siasat, siasat juga Muhyiddin, kata Guan Eng kepada Tok Mat


Najib Razak

Post a Comment

0 Comments