Ini yang tersebar dalam socmed. Rakyat menyokong tindakan kerajaan mengenakan tindakan social distancing. Tindakan menutup taska, dilarang berkumpul & pelbagai lagi sekatan yang boleh menyebabkan covid19 tersebar meluas.
Tetapi, ia dibuat seolah tiada perancangan rapi dan dilihat kalut. Bagi ibubapa yang terlibat dalam agensi kerajaan atau swasta yang tidak diberikan "work from home", sepatutnya kerajaan mesti mengarah supaya salah seorang daripada mereka mendapat cuti untuk menjaga anak (sekiranya ada) berikutan taska ditutup.
Menteri pengajian pula dilihat kalut dalam memastikan setiap universiti bertindak dengam teratur, hinggakan ada rungutan terpaksa memberi tiket dalam masa terdekat. Rasanya lebih bagus sekiranya hanya kuliah dibatal dan pelajar dibenarkan tinggal di asrama masing-masing bersyarat.
Apa pun, kita harap situasi covid ini dapat dikawal sepenuhnya dan rakyat malaysia sendiri lebih sibuk menjarakkan diri serta mematuhi perkara yang restricted.
Twitter : @mabbi
1 Comments
test
ReplyDelete