“Menteri kanan semuanya sama,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di sini, hari ini.
“Jika saya tiada, Azmin akan mempengerusikan Kabinet saya. Jika Azmin tiada, Ismail Sabri Yaakob akan pengerusikan.”
Azmin dilantik sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Ismail Sabri sebagai menteri pertahanan, Fadillah Yusof (menteri kerja raya) dan Mohd Radzi Md Jidin (menteri pendidikan).
Isnin lalu, Muhyiddin mengumumkan barisan Kabinetnya yang julung kali tidak menamakan timbalan perdana menteri.
Anggota Kabinetnya mengangkat sumpah jawatan di depan Yang di-Pertuan Agong di Istana Melawati semalam.
Hari ini, Muhyiddin berkata, 4 menteri kanan itu akan terlibat dalam sektor ekonomi, utiliti, keselamatan, sosial dan bertanggungjawab ke atas menteri lain.
Katanya, menteri kanan akan mengetuai usaha mencari penyelesaian dan hala tuju baru jika timbul sesuatu masalah atau isu.
Contohnya Covid-19, bukan hanya Kementerian Kesihatan, banyak lagi menteri terlibat, termasuk pengangkutan dan pertanian.
Majlis Tindakan Ekonomi
Muhyiddin berkata, kerajaan akan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi bagi menangani ekonomi negara yang meruncing disebabkan kejatuhan harga minyak dunia.
“Mesyuarat pertama majlis tersebut akan diadakan setiap minggu bermula Isnin ini sebelum keputusannya dibentang kepada Kabinet.
“Majlis tersebut akan dipengerusikan saya dan bersama Azmin, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapa Mohamed.”
Beberapa pakar termasuk gabenor Bank Negara akan menyertai majlis itu bagi membantu kerajaan mencari jalan penyelesaian.
Muhyiddin berkata, harga minyak yang jatuh ke paras AS$30 setong memberi kesan tambahan kepada dana kerajaan.
“Semua ahli Jemaah Kabinet sedar ekonomi negara berada dalam situasi tidak baik.”
Beliau berkata, keadaan itu bertambah teruk dengan penularan wabak Covid-19 sejak awal tahun ini yang memberi impak besar kepada negara.
Katanya, beliau sedia memotong 5% hingga 10% gajinya sebagai perdana menteri ketika negara berdepan kesukaran.
Bagaimanapun, beliau belum membincangkan pemotongan gaji menteri dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau akan mengkaji projek yang dilaksanakan kerajaan terdahulu dan sama ada akan mengembalikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
“Kita akan bincang terlebih dahulu.”
FMT
0 Comments