Tentera Akan Kawal Pergerakan Mulai Ahad Ini 22.3.2020

Sidang Media Khas - Perintah Kawalan Pergerakan (20 Mac 2020)

1. Tentera akan bantu polis pantau keadaan pastikan rakyat patuhi perintah kawalan pergerakan mulai Ahad ini.

2. Kerajaan tiada niat untuk umumkan darurat

3. Jangan persoal kuasa polis, tentera dlm hal keselamatan negara.

4. Mereka yang telah balik ke kampung, perlu kekal di kampung

5. Semua pekerja Msia di Singapura boleh bekerja seperti biasa dgn syarat tinggal di republik itu dlm tempoh perintah kawalan.

6. Polis boleh ambil tindakan terhadap individu yg sakit tetapi tidak melaporkan keadaan mereka.

7. 23 rakyat Msia di Iran, 94 di Itali akan pulang ke Msia minggu depan dan terus dikuarantikan.

8. Majikan tidak boleh paksa pekerja ambil cuti tanpa gaji semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

9. COVID-19 - Seramai 4000 orang ahli tabligh masih belum tampil secara sukarela untuk buat pemeriksaan.

10. Sekatan jalan raya oleh pihak polis akan diteruskan, 11,000 kenderaan telah diperiksa sehingga semalam.

11. Kerajaan akan tanggung kos makanan pelajar IPTA/IPTS yang tidak dapat pulang ke kampung.

🇲🇾 Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato' Sri @IsmailSabri60

Post a Comment

0 Comments