Janji Kepala Ting Tong, Padan Muka!

Tiga lelaki termasuk dua warga emas didenda RM900 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan minum minuman keras dan berada di kawasan jangkitan wabak serta melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesemua tertuduh mengaku salah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistrey Nur Hafizah Rajuni.

Mengikut pertuduhan, N Gunasegaram, 61; K Kannan 61, dan R Mahendran, 44, masing-masing berada di kawasan jangkitan wabak tanpa alasan munasabah dalam tempoh PKP susulan penularan wabak Covid-19 di Taman Tasik Taman Bersatu Rawang, Gombak pada jam 10.15 pagi, 31 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum di bawah Perkara 7 Peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, dalam kes berasingan, enam penghantar makanan turut didenda RM850 dan dipenjara 15 hari sekiranya gagal membayar denda selepas didapati berhimpun ketika PKP fasa dua dikuatkuasakan bermula 1 April hingga 14 April.

Mohamad Muiniddin Haziq K Mohd Radi, 19, Shah Rizal Sleefe Mohmad,19, Ahmad Raimy Aimin Rosmawi, 20, Ahmad Falah Akmal Tajudin, 19, Arif Haiqal Zahrin, 19 dan Shahrulidhan Shansukazmi, 21, didakwa pada jam 12.45 tengah malam di kawasan pagar rumah di Bandar Tasik Puteri didapati berhimpun di dalam mana-mana kawasan tempat jangkitan bagi maksud sosial.

Oleh yang demikian mereka telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 6(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Yang Sama Dibaca Bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Arunjothy M Selvaraju.

Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments