Jika Mahathir Boleh Naik Kereta Back To The Future...


Apa yang mahathir telah buat dalam bangunkan negara, itu kami puji dan kami sanjungi serta berterima kasih. Walaupun selepas puluhan tahun merdeka dan mahathir berjaya mencapai matlamat melihat dengan kacamata sendiri apa yang berlaku pada tahun 2020. 

Runtuhnya pentadbiran BN setelah berpuluh tahun memerintah dan berpuluh jutawan melayu dihasilkan dan meletakkan melayu sebagai tonggak perpecahan sesama sendiri dalam merebut gelaran "siapakah lebih melayu daripada melayu". 

Kejatuhan melayu membuka mata melayu sendiri apabila ketua pentadbiran bukan lagi dikuasai melayu dan pelbagai tiupan angin "melayu islam" ditiup secara mengganas. Akhirnya mahathir sendiri meruntuhkan tampuk pentadbiran yang pada mata netizen tidak berpihak kepada melayu. Tinggallah seorang melayu bermimpikan tampuk gelaran perdana menteri. 

Naiknya pentadbiran melayu yang dikatakan bertonggakkan islam. Maka sekali lagi pentadbiran melayu diuji dengan satu ujian yang begitu dahsyat... Covid19.. Belum sempat para ketua melayu untuk menonjol kebolahan dalam mengurus negara menjadi negara terbilang, terkaya, terhebat, termashur.. Mereka diuji oleh tuhan mengawal covid19. Kita doakan kita semua berjaya menahan daripada pandemik ganas ini membunuh semakin ramai rakyat malaysia. 

Masa depan pentadbiran melayu baru sendiri mungkin akan diuji oleh mahathir sendiri ataupun diuji oleh melayu bakal PM yang tidak sabar mencuba pasaran saham diri sendiri. Masih mahu dibelikah ataupun akan dijual secara lelongan. 

Mungkin mahathir cuba ilhamkan dirinya iron man yang mahu mengubah nasib yang dihancurkan thanos. 

Post a Comment

0 Comments