Benda Boleh Meeting Online Kan?

Rakyat diminta patuhi dan ikuti segala SOP. Dan siap ada posting buat meetinf secara online. Dan harini pegawai tertinggi kerajaan sendiri yang kena. Jika SOP diikut, rasanya perkara ini tidak akan berlaku. Sekiranya atasan sendiri tidak menjalankan meeting dalam talian, bagaimana peringkat bawah mahu mengikut. 

Pegawai SPRM, Jabatan Peguam Negara dikuarantin selepas mesyuarat pasca Kabinet

FMT | Pegawai tertinggi dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Audit Negara diarah menjalani kuarantin 14 hari di rumah selepas menyertai satu mesyuarat yang turut dihadiri seorang pegawai disahkan positif Covid-19.

Semua pegawai tertinggi itu antara individu menghadiri mesyuarat pasca Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin di pejabatnya Rabu lalu.

“Semua pegawai tertinggi, kecuali yang disahkan positif Covid-19, dikuarantin di rumah masing-masing,” kata sumber yang enggan dinamakan kepada FMT.

Beliau berkata, pegawai yang dijangkiti virus itu sedang dirawat di hospital.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Muhyiddin disahkan negatif Covid-19, tetapi diarah menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang tadi.

Katanya, semua ahli mesyuarat itu turut diarah menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah selama 14 hari bermula hari ini.


Post a Comment

0 Comments