Padan Muka! Penutup Muka Pun Ko Nak Bahan Kaw Kaw! Kapitalis Punya Hospital



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menawarkan kompaun sebanyak RM200,000 kepada sebuah hospital swasta atas kesalahan menjual pelitup muka paka kadar harga melebihi kadar maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kementerian itu dalam satu hantaran di Facebook menyebut hospital swasta itu didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

“KPDNHEP telah mengesan isu yang tular di laman Facebook berkenaan seorang pesakit yang menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

"Pesakit itu dikenakan caj sebanyak RM201.60 bagi 18 keping pelitup muka tiga lapisan yang digunakan oleh jururawat ketika merawat anak beliau.

"Jumlah berkenaan bersamaan RM11.20 sekeping sedangkan harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan adalah RM1.50 sekeping,” kata KPDNHEP.

Menurut hantaran itu, berdasarkan aduan berkenaan pada 13 Mei lalu, sepasukan pegawai penguat kuasa kementerian telah melakukan pemeriksaan ke atas hospital terbabit dan menyoal siasat pengurusannya.

"Pasukan serbuan turut merampas sejumlah dokumen termasuk pelitup muka tiga lapisan yang sama jenis daripada hospital berkenaan untuk tujuan siasatan," kata KPDNHEP.

Sekiranya kompaun itu tidak dibayar, hospital berkenaan akan diheret ke mahkamah dan didakwa mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum sehingga RM500,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, mereka boleh didenda sehingga RM1 juta.

Pada 30 Mac lalu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menetapkan harga siling pelitup muka tiga lapis dijual pada harga tidak melebihi RM1.50 sekeping.

Sebelum pandemik Covid-19 menular, harga pelitup muka di pasaran hanyalah 80 sen sekeping. Ia kemudiannya dinaikkan kepada RM2 sekeping oleh KPDNHEP dengan alasan peningkatan kos pengeluaran.

Ismail Sabri berkata pihaknya juga akan terus mengkaji harga siling pelitup muka dari semasa ke semasa.

Post a Comment

0 Comments