Bila Sami Pun Kena Saman....

Seorang pengantin lelaki antara 3 dikompaun kerana mengingkari perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) kerana terlibat dalam 1 upacara perkahwinan di sebuah kuil Hindu di Seri Kembangan, Serdang, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Ismadi Borhan dalam kenyataan hari ini, berkata pihaknya selesai menyiasat kes itu dan mengambil keterangan semua pihak yang berkait dengan majlis berkenaan.

Beliau berkata kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Selangor pada Rabu lepas dan arahan kompaun ke atas mereka terlibat iaitu pengerusi kuil, pengantin lelaki dan sami kuil dibuat pada 2.30 petang tadi.

Ahad lalu, tular sebuah video yang menunjukkan sebuah kuil di Serdang dikunjungi hampir 100 orang dipercayai bagi upacara perkahwinan walaupun kerajaan melarang perhimpunan termasuk di rumah ibadat berikutan pelaksanaan PKPB bagi membendung wabak Covid-19.

Dalam perkembangan lain, Ismadi berkata polis menahan reman 8 suspek dalam insiden pergaduhan melibatkan 2 kumpulan penunda kenderaan di Serdang, semalam.

Ismadi berkata 6 suspek direman 4 hari sementara 2 direman 2 hari ini.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut sementara baki suspek kini sedang giat dikesan,” katanya.

Dalam insiden kira-kira jam 2 petang itu di Jalan Serdang Raya 1/7, Seri Kembangan, 2 kumpulan itu bergaduh kerana berebut pelanggan.

Dalam pada itu, Ismadi memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 30-an ditahan berhubung penemuan 1 mayat di Perhentian Bas Taman Sungai Besi Indah, Serdang.

“Mahkamah Petaling Jaya membenarkan suspek direman 7 hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang sementara siasatan lanjut diteruskan di bawah Sekasyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Isnin lalu, seorang gelandangan lelaki ditemukan mati disyaki dibunuh di hentian bas sebuah sekolah dekat Serdang.

Post a Comment

0 Comments