Kena Tahu! Hanya Bayi 6 Bulan Ke Atas Boleh Diberi Air Putih Kosong....


Air masak hanya boleh diberi selepas bayi berusia 6 bulan. 

Pada usia ini, buah pinggang bayi tidak mampu untuk menangani terlalu banyak air. Pemberian air masak boleh mengakibatkan bayi mengalami air berlebihan didalam tubuh dan mempunyai risiko otak membengkak dan kematian.

Antara gejala bayi yang terlebih air adalah muntah, mengantuk, kelesuan, berpeluh berlebihan, suhu badan rendah, kencing berlebihan iaitu enam hingga lapan kali lampin basah dan harus ditukar dalam tempoh sehari atau muka membengkak serta anggota badan lesu.

Dapatkan rawatan segera sekiranya ada gejala tersebut

Sumber : Public Health Malaysia

Post a Comment

0 Comments