Pecat Muhyiddin, 30 Jun Depan? Jadi Kenyataan Ker? hahahaha

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu menunggu selepas 30 Jun depan sekiranya berhasrat memecat Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada parti itu.

Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Datuk Marzuki Yahya yang mendakwa masih kekal sebagai Setiausaha Agung parti itu berkata, buat masa ini pihaknya masih belum menetapkan tarikh Mesyuarat Majlis Tertinggi memandangkan negara ketika ini berdepan pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bahawa semua pertubuhan adalah dilarang daripada mengadakan sebarang program, aktiviti, persidangan, perhimpunan atau mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun 2020 selaras dengan arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

“Jadi kita tidak boleh buat sebarang mesyuarat dalam tempoh ini dan saya tak rasa benda ini perlu disegerakan.

“Begitupun apa yang menghairankan saya, bagaimana mereka boleh mengadakan mesyuarat untuk melucutkan keahlian Tun M dan juga empat lagi ahli Majlis Tertinggi Parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa masih kekal sebagai pengerusi parti itu dan meminta untuk mengadakan sidang mesyuarat bagi memecat Muhyiddin pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya semalam.

Pada sidang media itu juga, Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Setiausaha Agung Bersatu masih dipegang oleh Marzuki, bukannya Datuk Seri Hamzah Zainudin, selain memecat Setiausaha Kerjanya, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya serta-merta dan digantikan oleh Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Sazmi Miah.


Sinar Harian

Post a Comment

0 Comments