Kurangkan Yuran Universiti ?

Pandemik covid19 memberi impak yang sangat besar kepada semua sektor. Malahan ada yang mati kutu untuk menyelesaikan masalah mereka. Tetapi sikap kapitalis tetap tidak dapat dihakis, sikap mengambil peluang diatas kesusahan tetap berjalan lancar tanpa segan silu. 

Bermula dari moratarium bank dan menurun kepada penyewa, peruncit, pembekal dan akhirnya pembeli. 

Ini yuran universiti, ada juga sesetengah tadika dikatakan mengenakan yuran walaupun anak-anak tidak dihantar. Tetapi ada yang lebih menyedihkan dimana tiada penempatan khusus disediakan untuk anak-anak frontliner dimana ibu dan bapa mereka bekerja. Sepatutnya anak frontliner dijadikan keutamaan dan tadika atau taska khusus disediakan bagi mereka. 

Yang penting makcik kiah gembira dapat duit berbelanja sementara. 

Malaysiakini | Bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa supaya yuran universiti dikurangkan selepas kebanyakan operasi dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya beliau menerima aduan daripada mahasiswa bahawa yuran pengajian masih perlu dibayar seperti biasa.

"Walaupun rata-rata telah pulang ke rumah dan pengajian tidak lagi berjalan, yuran masih lagi sama dikenakan.

"Bagi saya, ini harus segera diubah,” katanya.

Katanya kalau ada pun kelas yang masih berjalan, ia hanya dibuat di atas talian.

"Ada juga pelajar tiada akses Internet, jadi tidak dapat ikut belajar sama. Infrastruktur universiti juga tidak lagi dipakai," katanya dalam satu kenyataan melalui Faceboook, hari ini.

Post a Comment

0 Comments