Bekas Pegawai Khas Guan Eng Ditahan SPRM ?


Yang ditahan SPRM hari ini ialah bekas pegawai khas Guan Eng bernama Jeffrey Chew yang juga merupakan bekas timbalan bendahari DAP Pulau Pinang.

Selepas PRU14, dia dilantik Anthony Loke untuk menjawat sebagai pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang. 

Dia dinamakan antara orang yang pernah menerima wang dari syarikat konsesi terowong RM6.3 bilion Pulau Pinang untuk diberi kepada bekas Menteri Kewayangan kita - seperti didedahkan pengakuan boss syarikat terowong dalam kertas siasatan SPRM yang terbongkar awal tahun lepas.



Post a Comment

0 Comments