Lelaki berusia 26 tahun dilabel sebagai lelaki paling gemuk di Wuhan selepas berat badannya bertambah sebanyak 100 kilogram (kg) setelah lima bulan berada di rumah kerana pelaksanaan perintah berkurung akibat penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Menurut laporan Odditycentral, Zhou sebelum ini pernah bekerja di sebuah kafe dan menjalani gaya hidup normal, namun selepas kerajaan melaksanakan perintah berkurung, dia telah mengambil makanan berlebihan.
Dalam beberapa bulan sahaja, berat badannya telah mencecah 280kg. Kurang bersenam juga antara faktor Zhou mengalami obesiti.
Timbalan pengarah Pusat Pembedahan Obesiti dan Metabolik hospital di Wuhan, Li Zhen, berkata, Zhou berada di rumah sejak Januari dan mula keluar rumah pada 1 Jun untuk menerima rawatan di hospital.
"Zhou mengalami gangguan tidur kerana berat badan melampau dan terpaksa meminta bantuan untuk merawat penyakitnya."Zhou berkata, dia tidak boleh tidur selama 48 jam dan berasa tidak selesa."Sebaik menerima rawatan, Zhou mengalami pelbagai gejala seperti masalah jantung dan pernafasan,"
Menurutnya, keadaan kesihatan Zhou amat membimbangkan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
"Selama 10 hari, doktor berusaha menstabilkan Zhou dan pada 11 Jun, keadaannya semakin baik dan stabil.
"Pesakit ini mengalami masalah kegemukan disebabkan faktor genetik dan kecelaruan endokrin serta peningkatan pengambilan kalori tanpa henti selama lima bulan.
"Bagaimanapun dengan bantuan pasukan khusus, kami akan membantu Zhou menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 23kg sebelum melakukan pembedahan pintasan perut atau ikatkan kantung perut,"
0 Comments