Saya dah banyak kali sebut bahawa bubar parlimen untuk kembalikan mandat kepada Rakyat adalah cara penyelesaian paling adil serta terbaik JIKA PH masih tegas untuk rebut kuasa dan jatuhkan kerajaan dengan membeli ahli parlimen PN.
Supaya satu kerajaan yang lebih stabil dengan kehendak dan sokongan Rakyat yang padu boleh dipulihkan untuk melawan krisis Covid.
DAP faham apa maksud JIKA?
Lalu, DAP tuduh BN hanya berani dengan PRU kerana peratusan keluar mengundi mungkin rendah akibat krisis Covid.
Itu alasan terbaru DAP kenapa mereka fobia parlimen dibubar dan PRU dilaksanakan.
Peratusan keluar mengundi akan rendah kononnya. Tak elok untuk PH.
Eh.. Peratusan keluar mengundi PRK Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai dan Kimanis tak rendah ke mana pun.
Lagipun, kenapa PH fobia jika track record 22 bulan mereka mengundi adalah sangat baik dengan kononnya 50 "jasa-jasa PN"?
Kononnya ekonomi semakin kukuh, hutang negara tak naik dengan kadar paling pantas dalam sejarah, tiada sebarang janji dicapati, tak pernah jual aset negara secara lambak, bantuan rakyat semakin naik masa PH dan tak pernah kencingkan atau tipu Rakyat dengan propaganda-propaganda menipu dalam 22 bulan itu.
Sepatutnya, tiada apa-apa untuk PH bimbang pun.
Dan RAYkat akan keluar beramai-ramai untuk undi PH. Peratusan keluar mengundi pun akan tinggi-tinggi.
Konfiden itu penting, bro.
Last-last sekali, DAP minta seluruh barisan PH Plus untuk teguh dan terus bersemangat supaya mereka mampu melawan Najib (dengan sarung tangan infiniti saya).
https://www.facebook.com/DAPMalaysia/posts/10158204181259192
0 Comments