Pihak berkuasa mengusir 27 kapal yang cuba menceroboh sempadan negara dan membawa 164 pendatang tanpa izin.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, angkatan 6 tekong itu dipintas dalam Ops Benteng, operasi pelbagai agensi yang bermula 1 Mei dan berakhir semalam.
Ops Benteng dilancarkan bagi menyekat penularan wabak Covid-19 dari luar negara.
“Dari 1 Mei sehingga semalam, seramai 704 PATI dan 125 tekong ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram. Turut ditahan 12 individu yang disyaki penyeludup serta 14 kapal,” katanya pada sidang media hari ini.
Polis juga membuat 49 sekatan jalan raya bagi mengekang kemasukan PATI, terutama di “lorong tikus”.
Sebanyak 40,969 diperiksa dalam sekatan itu.
0 Comments