Tuntutan Palsu RM3920, Proksi Abang Kandung

Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang semalam kerana disyaki membuat tuntutan palsu.

Lelaki berusia 32 tahun yang bertugas sebagai pembantu operasi di sebuah jabatan kerajaan di sini ditahan bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah RM3,920 bagi kerja-kerja pemasangan komponen pam air.

Semakan mendapati alat tersebut belum dibekalkan pada tarikh tuntutan dibuat. Selain itu, syarikat pembekalan didapati milik abang kandungnya sendiri.

Post a Comment

0 Comments