Haritu Provoke, Sekarang Minta Tolong

Negeri Telangana di India meminta bantuan kepakaran Malaysia dalam bentuk pemindahan teknologi yang merangkumi aktiviti pengurusan tanaman sawit, pemprosesan minyak sawit dan ekosistem industri, kata Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali.

Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu disampaikan melalui telesidang antara beliau dengan Menteri Hal Ehwal Pertanian, Pengguna dan Sivil Telangana, Singireddy Niranjan Reddy semalam.

Sebagai cadangan balas, kementeriannya menyampaikan hasrat dan harapan supaya India melalui Telangana dapat mempromosikan minyak sawit Malaysia secara lebih meluas sebagai salah satu daripada minyak sayuran yang digunakan dalam makanan di India.

India merupakan pengguna minyak sawit terbesar dunia yang memerlukan 25 juta tan minyak sayuran dan lelemak setahun untuk kegunaan domestik.

“Peluang ini akan digunakan oleh Malaysia bagi meningkatkan pasaran minyak sawit ke India dengan lebih meluas melalui promosi dan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama kerajaan negeri Telangana,” katanya.

Kementeriannya juga bersedia untuk berkongsi kepakaran dan teknologi dengan kerajaan negeri Telangana dalam penanaman buluh memandangkan Malaysia mempunyai pelbagai jenis buluh terbaik dunia.

Bagi menzahirkan komitmen itu, kedua-dua pihak bersedia untuk bekerjasama, khususnya bagi tujuan pemindahan teknologi dalam bidang berkaitan yang akan dikenal pasti dan diperhalusi di peringkat pegawai.

“Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengadakan lawatan teknikal bagi mengukuhkan kerjasama seperti yang dihasratkan selepas wabak Covid-19 berakhir,” katanya

Post a Comment

0 Comments