Sekolah tidak dibuka, taska dibuka kembali. Bagi mereka yang ada anak dibawah 6 tahun boleh menarik nafas lega selepas dikerah untuk kembali bekerja.
Tetapi, ia.mendatangkan masalah apabila kedua ibu bapa bekerja dan terdapat majikan melepas tangan supaya pekerjanya memikirkan dan menyelesaikan sendiri masalah "anak". Apa yang penting hadir ke pejabat.
Sepatutnya kerajaan mengeluarkan arahan, bagi ibubapa yang bekerja dan mempunyai anak yang bersekolah di sekolah rendah, majikan diwajibkan memberi penggiliran waktu kerja untuk suami isteri tersebut.
Harap ada solusi terbaik penjagaan bagi ibubapa yang keduanya bekerja.
Sekolah rendah mungkin tak dibuka semula hingga tahun depan
FMT | Difahamkan penggantungan persekolahan mungkin berlarutan sehingga tahun depan bagi kebanyakan pelajar ketika Kementerian Pendidikan bersiap sedia mengumumkan garis panduan baru untuk membantu guru dan pelajar mematuhi langkah membendung penularan Covid-19.
Sumber yang dekat dengan perbincangan mengenai pembukaan semula sekolah di seluruh negara, berkata hanya pelajar sekolah menengah yang bakal mengambil peperiksaan penting mungkin kembali ke kelas.
Rancangannya ialah menggantung persekolahan untuk sekolah rendah sehingga tahun depan.
Perkara ini belum disahkan dengan pihak berkuasa berkaitan.
Tetapi, Menteri Pendidikan, Radzi Jidin memberi bayangan hanya pelajar Tingkatan 4 dan 6 di kira-kira 3,000 sekolah menengah seluruh negara akan terbabit dalam pembukaan semula sekolah.
0 Comments