PPBMahathir VS PPBMuhyiddin - Parti Kecik Jer Pun, Tapi Dia Punya Onar....

PPBM Bahagian Simpang Renggam menolak pelantikan yang dibuat oleh presiden parti itu, Muhyiddin Yassin, yang mengangkat timbalan ketua A’zman Mohd Umar sebagai pemangku ketua bahagian tersebut.

Kenyataan bersama yang dipersetujui oleh naib ketua dan 18 ahli jawatankuasa bahagian itu menyebut, watikah pelantikan A’zman pada 5 Jun sebagai pemangku ketua adalah tidak sah kerana Maszlee Malik adalah ketua bahagian yang sah mengikut perlembagaan parti.

Maszlee bukanlah ketua bahagian penaja, tetapi telah menang dalam pemilihan ketua bahagian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan parti sendiri. Beliau juga masih lagi ahli yang sah kerana pemecatan beliau atau apa yang dikatakan terhenti keahlian serta merta adalah tidak sah kerana tidak berlandaskan perlembagaan parti.

Terdahulu, Maszlee berkata, beliau masih ahli PPBM dan akan terus menumpahkan taat setianya kepada parti berkenaan walaupun pada ketika ini beliau merupakan salah seorang daripada 5 pemimpin yang keahliannya diputuskan terhenti secara serta-merta.

Maszlee berkata, beliau bertekad untuk terus bersama dengan PPBM, yang menurutnya merupakan parti tonggak masyarakat Melayu dan terus berhasrat untuk membawa negara yang sebelum ini terpalit dengan rasuah dan kleptokrasi ke arah yang lebih baik.

Terdahulu, dalam surat ditandatangani setiausaha kerja PPBM Muhammad Suhaimi Yahya, keahlian Maszlee, bersama-sama 4 pemimpin lain, iaitu Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Abdul Rahman dan Amiruddin Hamzah diisytiharkan terhenti serta-merta.

Surat itu menyebut pelucutan keahlian itu berlaku secara automatik apabila mereka berlima didapati duduk di kerusi blok pembangkang pada persidangan parlimen 18 Mei lepas.

Menurutnya perbuatan itu bercanggah dengan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan PPBM.

Fasal 10.2.2 perlembagaan PPBM menyebut pemberhentian dan pemecatan ahli berlaku apabila mereka mengisytiharkan keluar parti.

Manakala itu Fasal 10.2.3 pula menyatakan pemberhentian dan pemecatan ahli berlaku apabila mereka menyertai atau menjadi ahli parti politik lain.

Pelucutan keahlian itu disahkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM semalam.

Mereka berkata, sehingga hari ini Maszlee tidak pernah membuat kenyataan keluar parti atau menyertai parti lain, bahkan tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Disiplin parti untuk dibicarakan atas apa-apa salah laku.

Kami AJK Bahagian PPBM Simpang Renggam sekali lagi berikrar dan menyatakan taat setia kami kepada Maszlee sebagai ketua bahagian yang sah.

Kami tidak akan sesekali membenarkan sebarang usaha untuk memecahbelahkan kesatuan akar umbi PPBM Simpang Renggam.

Kami akan terus bekerja keras bersama Maszlee untuk mengembalikan maruah parti yang dirobek serta tidak akan sesekali menggadaikan maruah, menagih habuan dari segenap arah

Post a Comment

0 Comments