Semoga kita semua dijauhi daripada diuji dengan perkara sedemikian. Kalau difikirkan dengan akal yang waras, sememangnya tidak akan tergamak membuang bayi dalam lubang kumbahan. Tetapi apabila akal bukan lagi berada dalam kestabilan manusia normal, pelbagai perkara diluar kawalan boleh dibuat.
Tindakan seorang lelaki yang membuang mayat bayi lelaki ke dalam lubang kumbahan akhirnya terbongkar selepas pihak bomba berjaya menemui beberapa anggota bayi malang itu di Kandang, Melaka pada Selasa. Berikutan itu sepasang kekasih berusia 23 dan 25 tahun ditahan pihak polis untuk membantu siasatan. - AstroAwani
0 Comments