Sampai Bila Kerajaan Mahu Berdrama Sketsa?


Tiada tindakan tegas, mereka yang terlibat tidak takut dengan undang-undang negara dan mungkin terdapat mereka yang berkepentingan menyebabkan perkara ini tidak pernah selesai. Malah boleh dikatakan sebagai bahan untuk dijadikan modal kepada media. 

Sekiranya kerajaan mahu bertegas, undang-undang sedia ada perlu diubah dan digubal. Mana-mana rakyat tempatan yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia secara haram, status kerakyatan akan ditarik dan segala harta dirampas dan menjadi hak mutlak negara.

Sekiranya ia tidak dibendung dan dikawal, negara mungkin berdepan situasi sosial getir yang membabitkan pendatang asing haram. Malah, ada dikalangan mereka tidak takut dengan undang-undang negara. Isu rohingya sudah cukup memberi pengajaran besar kepada kita semua. 

Post a Comment

0 Comments