Drama PAN DAP Bikin Anwar Pusing Daaa...


DAP sokong Anwar, Amanah sokong Anwar. Warisan kekal meneruskan warisan kebudayaan mahathir itu segalanya. Mahathir kekal dengan idealoginya mahu kembali menjadi PM tersingkat (mungkin) 6 bulan. 

Apa yang netizen faham, mahathir tidak mahu anwar menjadi PM. Netizen secara majoriti juga tidak selesa dengan cara pentadbiran ketika dibawah kerajaan PH yang sibuk berpolitik. Sehinggalah mahathir sendiri menumbangkan kerajaan PH dengan meletak jawatan serta membiarkan situasi tidak lagi berpihak kepada PH. 

Politik PH dilihat tidak boleh lari daripada Anwar & Mahathir. Selepas PKR ditinggalkan nurul izzah, rafizi serta azmin ali. Tiada lagi tokoh baru muncul yang dilihat mampu menarik perhatian rakyat untuk memilih kembali PH memerintah sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat. 

Apakah PN sekarang berada dalam situasi kukuh? Tidak sama sekali. PN juga berdepan situasi konflik drama mereka. Pembahagian kerusi juga dilihat belum ada kata putus, malah muafakat nasional sendiri masih gagal menyatukan pentadbiran peringkat bawahan antara penyokong PAS & UMNO sendiri. Tetapi situasi rakyat dilihat selesa dengan pentadbiran PN buat masa kini. 

Abah menjadi penyelamat ketegangan politik antara mahathir & anwar. Mungkin tiba masanya rakyat menolak secara total memilih mahathir mahupun anwar, tetapi memilih pemimpin baru yang dilihat lebih idealistik. Persoalanya apakah PKR DAP & PAN mempunyai calon pengganti untuk menolak anwar & mahathir sebagai pemimpin utama bakal PM untuk PH ?

Post a Comment

0 Comments