Al-Jazeera Burukkan Malaysia Tentang Covid19 Dengan #Falsenews - Tentera Bawang, Jalankan Tugas


Semalam Al-Jazeera menerbitkan sebuah dokumentari berdurasi 30 minit memaparkan langkah kerajaan Malaysia menangani Covid-19 yang menurut agensi berita antarabangsa itu sebagai menekan, tidak berperikemanusiaan dan bersifat prejudis terhadap warga asing. PKPD yang kerajaan Malaysia kuatkuasakan terutama di kawasan majoriti warga asing pula digambarkan sebagai brutal dengan operasi gaya junta.

Beberapa warga asing yang ditemubual turut menyatakan perasaan tertekan mereka terhadap langkah yang diambil oleh pihak berkuasa. Bahkan mereka turut menyatakan bahawa mereka dilayan dengan zalim dan kejam. Siap meragui layanan Jabatan Imigresen terhadap tahanan asing di depoh tahanan lagi. Bahkan disebut Covid-19 merebak dengan pantas dalam depoh tahanan imigresen walhal mereka ini sudah dijangkiti sebelum tiba ke depoh tahanan lagi. 

Sebagai salah seorang petugas yang terlibat secara langsung dalam beberapa operasi saringan Covid-19 di beberapa kawasan PKPD utama di Kuala Lumpur, dari Masjid India, Chow Kit, Batu Muda, Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pasar Pudu, apa yang teman dapat komen ialah apa yang digambarkan melalui dokumentari ini sangat tidak tepat dan sengaja diadakan untuk memburukkan imej Malaysia di mata dunia. 

Di kawasan PKPD ini baik warganegara atau bukan, pendatang asing yang masuk secara sah atau yang melalui cara salah, semuanya dilayan sama sahaja oleh pihak berkuasa baik kesihatan, polis, askar dan lain-lain. Warga asing ini (baik yang berdaftar atau tidak) disaring sama macam warganegara. Saringan Covid-19 ini pula bukannya murah dan kerajaan dah habiskan berpuluh juta ringgit wang dari perbendaharaan negara kepada mereka ini atas tuntutan kemanusiaan. Dan bukannya sekali tetapi dua kali pula tu swab test ini dilakukan. Mereka yang berada dalam kawasan PKPD diarahkan untuk berada di rumah dan tidak boleh keluar, tetapi kerajaan kita sediakan bantuan barang dapur seperti beras, gula, susu, minyak, telur dan sebagainya kepada mereka yang diedarkan melalui JKM. Lampin bayi pun kerajaan kita sediakan kepada mereka yang terjejas. Layanan ini turut sama diberi kepada pendatang asing tanpa izin. Adakah kerajaan negara asing layan pendatang asing di negara mereka sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia ini? Teman tak rasa mereka sebaik kita. 

Lagipun operasi yang dijalankan ke atas pendatang asing tanpa izin oleh pihak imigresen dan polis memang sepatutnya dilakukan dari dahulu lagi. Mereka ini masuk ke negara kita tanpa dokumen, bukan sahaja berisiko membawa penyakit berjangkit lain dari negara luar bahkan kawasan yang mempunyai kepadatan tinggi warga asing turut merekodkan kadar jenayah yang tinggi. Ini semua risiko kepada rakyat Malaysia. Tapi pelik juga dengan sikap sesetengah kumpulan hak asasi dan pemimpin-pemimpin politik tertentu yang menyelar tindakan pihak berkuasa kita. Kalau mereka inginkan sangat warga asing tanpa izin ini kenapa tidak mereka sendiri bawa dan jaga di rumah?. Kita sepatutnya sokong dan beri semangat kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas, jangan bersikap sebaliknya.

Kawat besi yang mengepung kawasan PKPD itu nampak agak keras dan itulah yang digambarkan oleh Al-Jazeera sebagai 'oppressive', tetapi kawat itulah yang mengekang dan melindungi rakyat kita dari dijangkiti wabak ini. Disebalik kawat berduri itu punya banyak bantuan disalurkan tanpa sebarang laporan berita pun. Setiap petugas yang ada disitu meskipun bermandi peluh sampai ada yang pengsan dalam menahan panas dan sedang berpuasa, tetap menjalankan tugas dengan penuh komited serta profesional pada siapa jua yang hadir untuk menjalankan saringan tanpa mengira latar belakang mereka. 

Al-Jazeera mengakui bahawa langkah kerajaan Malaysia menangani Covid-19 terbukti berjaya tapi media tersebut masih berusaha untuk memburukkan negara kita. Lebih malang lagi bila ada individu atau kumpulan yang kononnya memperjuangkan hak asasi dari Malaysia sendiri yang turut sama mengecam negara ini dalam temubual mereka bersama agensi berita luar negara. Usaha kita ditidakkan bahkan didakwa pula dengan tuduhan yang tidak munasabah. Harap kerajaan kita saman Al-Jazeera bersama pengkhianat yang turut bersama mereka.

Dokumentari tersebut boleh ditonton melalui link berikut :

https://youtu.be/zyl_xsdpteI

Dan juga sini

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3333853379981452&id=115795798453909

Post a Comment

0 Comments