Daripada perspektif pendakwaan, kes #SRC adalah yang paling straightforward dan lebih mudah untuk dibuktikan berbanding kes #1MDB yang lain-lain.
Maka ramai yang jangkakan berdasarkan apa yang dikemukakan di Mahkamah bahawa pendakwaan dapat buktikan kes #SRC ini.
Jika DS Najib disabitkan, Mahkamah akan dengar hujah kedua pihak berkenaan dengan hukuman. Sama ada denda, atau penjara, dan sama ada sebatan juga ada.
Pada saya, kalaulah sabit, denda sahaja mungkin sekali tidak mencukupi. Kena ada hukuman penjara, kalau sabit.
Jangan lupa juga, bahawa ini mungkin sekali baru pusingin pertama. Ada dua lagi peringkat rayuan - Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.
Tetapi, apa-apa keputusan yang dibuat pagi ini adalah SAH DAN MENGIKAT, selagi ia tidak diketepikan atau ditukar oleh Mahkamah atasan.
Maknanya apa? Kalau DS Najib didapati bersalah, maka dia adalah pesalah di sisi undang-undang sehinggalah rayuannya dibenarkan. Dan juga sebaliknya.
Kalau DS Najib disabitkan bersalah, dan dikenakan hukuman penjara atau denda lebih daripada RM2K, dia hilang kelayakan bertanding, tetapi dia hanya akan hilang kerusinya selepas rayuan akhir kelak.
Satu lagi perkara penting - kalau DS Najib disabitkan dan kena hukuman penjara, dia boleh mohon untuk tangguhkan (stay) hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan. Kalau Mahkamah benarkan, dia tak payah duduk dalam penjara dulu.
Ini bergantung pada budi bicara Mahkamah.
0 Comments