Pendakwa Raya Mahu Hukuman Paling Berat Dijatuhkan Ke Atas Najib


Kes penyelewengan wang SRC International Sdn Bhd mencalar imej negara dan rakyat Malaysia tidak sepatutnya menanggung kesan akibat perbuatan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram, berkata, ia adalah pertama kali Perdana Menteri dan Menteri Kewangan didakwa serta disabitkan di mahkamah.

Dalam kes pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, mahkamah mesti menjatuhkan hukuman setimpal.

Hukuman dan pengajaran mesti menjadi asas utamanya. Mahkamah bertanggungjawab melaksanakan Akta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan memandang serius masalah rasuah.

"Dalam kes ini, tertuduh wajar dikenakan hukuman paling berat," katanya dalam hujahan pendakwaan terhadap rayuan tertuduh untuk diringankan hukuman di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Beliau berkata, Najib tidak mengambil tindakan untuk memulangkan wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya. Hukuman maksimum wajar dikenakan berdasarkan penghakiman mahkamah membabitkan kes rasuah. Ia adalah bagaimana mahkamah sepatutnya memutuskan kesalahan rasuah yang dilakukan individu memegang jawatan tertinggi.

Post a Comment

0 Comments